Want your
own Fotopage?






 
erwin's FotoPage

By: erwin khairul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
COMINAC VI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 24 photos...
gambar-gambar sepanjang persidangan. aku kene dok atas pentas belakang menteri. syok gak. hehehe nampak macam orang penting jek. padahak aku jadik runner jek. akekekkeke.... sebab kat atas pentas tuh diorang malas turun naik. yang part paling best diorang suh orang gemuk macam aku plak lari-lari. cheh. sib baik tak runtuh pentas.

gambar aku masuk gak kat tv tapi malangnya ada la 'setoet' jek besarnya. isk.... tapi tak pe la... pengalaman berharga. bukan senang dok kat atas pentas belakangt pengerusi, yang delegates pun pandang aku macam bagus jek.... heh heh.

Promosi mesin jahit janome

nice to click http://www.masquilts.myportal.my
Thu 19-Feb-2009 03:18
Posted by:Maria  - [Link]
PERSATUAN KOMPANG "WARISAN SRI DELIMA"
(KG MELAYU SUBANG)"
(017-6197327,012-609 0734,012-2002491)

HTTP;//WARISAN_SRI_DELIMA@YAHOO.COM
HTTP;//WARISAN COMUNITY.COM

P/S; ""KAMI BUKAN YG PERTAMA..TAPI YG TERBAIK""
Sat 9-May-2009 13:22
Posted by:mr_mato2 warisan_sri_delima@yahoo.com
salam..tumpang iklan ye tuan umah..

anda ingin bertunang atau berkahwin? perlukan khidmat jurugambar?
kami mengalu-alukan anda untuk melayari web kami http://colourliciousphotography.blogspot.com untuk lebih lanjut.

kami sedang mengadakan promotion dan kami juga menyediakan pakej ekonomi tetapi amat berkualiti.
thanks.
Fri 10-Jul-2009 08:56
Posted by:colourlicious photography colourliciousphotographer@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 23-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
KUDA

di dinding lukisan kuda
di pintu ada ukiran kuda
kuda tepi tangga
nak masuk jamban pun jumpa kuda
pandangan sisi hotel dari bilik 3052
kuda nih tepi tangga gak
View all 12 photos...
Lama sket tak update sebab terlibat dengan COMINAC VI di Palace Of The Golden Horses. Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Negara-Negara Berkecuali nih dah lama tak diadakan. kali terakhir di ABUJA, NIGERIA, pada 1996. Kerja-Kerja untuk persidangan nih mengambil masa aku dengan banyaknya. Kementerian Penerangan mengambil masa lebih-kurang 3 bulan untuk membuat persiapan persidangan. kebetulan aku terlibat secara langsung dengan pelbagai jawatankuasa di dalamnya.

untuk paparan hari nih aku letak gambar-gambar KUDA. yang diambil di Istana Kuda Emas tersebut.

Care to comment?


Saturday, 12-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
MASS COMM

kat foyer menara
dalam bas pegi mana ntah
 
View all 9 photos...
diam tak diam dah seploh tahun aku masuk mass comm. batch aku masuk intake julai 95. tak banyak sangat gambar yang aku simpan. antaranya yang ada kat sini la. rindu plak rasanya nak mengulangi zaman tuh... tapi yerla... buruk rasanya orang tua-tua buat perangai macam kitorang buat dulu. heh heh.

bila tengok balik gambar classmate aku tak terbayang dek akal pikiran masa tu kitorang akan jadik hape.... had dah jadik wartawan hiburan bernama, jebong dah jadik wartawan hiburan kat media hiburan, man jadik wartawan crime desk kat malay mail. (geng reporter). fiza jadik pegawai ptd kat kementerian penerangan. aku plak jadik pegawai penerangan, pok ye jadik pegawai antarabangsa (ni plak geng keje kerajaan). yus, azra, iecha ngan yan pompuan jadik cikgu. shah jadik pegawai kat ktmb, aniz jadik pegawai kat erkkk aku lupa la... asmb ke hape. (geng keje swasta)

peanut ngan amy kat astro. shahran ngan mat derih kat UPSI jadik penerbit. nash kat unit sukan rtm, rida jadik deejay kat radio terengganu.fm, apiz panjang dok shooting kisah benar, apiz pendek dok buat editing kat apekenama syarikat tu lepas berenti dari lensa (dia la yang edit efx citer pontianak hsm2), suzi ntah aku lupa dia keje hape.hashim yang paling best, dia dah jadik executive producer citer-citer razak mohaideen. (nih geng yang masih keje dalam line broad). errr eita ngan kak izz aku tak tau perkembangan terkini, jadik ibu-ibu kat rumah jek kot!

aku dulu blajar broadcasting... sempat setahun lebih buat keje production lepas tuh aku rasa macam bodo jek... tak kreatif dan tak sanggup bersaing dalam dunia penyiaran la kot. apapun aku ucapkan tahniah kat member yang masih sanggup meneruskan cita-cita masa study dulu!

banyak lagi

kurasakan
masih banyak lagi
yang belum bisa kita terokai
dengan ilmu yang terbatas ini
lantas apa harus kita selami lautan
redahi belantara
bahkan menyisiri ruang angkasa
tatkala diri sendiri masih belum habis di teroka.
ada satu bicara
seorang tua di kaki lima
tepian pasar budaya petang selasa 19 ramadhan;
"telah ku selusuri indah alam pada setiap terang, gemilang, siang cemerlang malam gemerlapan....
yang kutemui hari suram yang menanti seperti hari ini, esok dan mungkin selamanya...."
mungkin katanya tiada bermakna
entah kepada dirinya sendiri
tapi aku tergamam...
apakah selama ini aku terpukau pada kemilau sinar wajah dunia
sedang aku lupa ada kelam menaburi siang bahkan gelap tiada bulan...
banyak lagi yang harus ku pelajari
ku terokai
ku renangi
ku redahi
dalam diri....

Care to comment?


Wednesday, 9-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
RAYER DI KELANTAN

eiman ngan moyangnya
suasana di kg selow pok long
raya di umah mek kuala geris
View all 9 photos...
gambar-gambar sewaktu pulang ke kampung isteri di kelantan. perjalanan antara Kg Slow Pok Long, Kuala Geris dan Kota Bharu (kg bini aku) dan Machang (kg mak aku) terasa amat melelahkan kerana sempat 4 hari jek bercuti dan bila ditambah dengan jalan jem masa balik ke kg melayu subang. aku ingat balik 7/11 tuh tak la jem sangat sebab orang dah mula kerja, rupanya ramai juga yang menggunakan strategi macam aku. chehhhh

Care to comment?


Tuesday, 8-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
[b]KUBURAN[/b]

tempat persemadian arwah tok dir
mak di kubur arwah adi
kawasan pusara aman, kg melayu subang
View all 6 photos...
Seringkali kita dimomokkan dengan persoalan kubur... kononnya kubur adalah tempat 'keras' yang ada hantu. isk... bagi aku kubur terlalu dekat dengan kita seperti juga kehidupan. sebab lawan hidup mati... ia pasti apabila kita dihidupkan oleh Allah swt. pada pagi aidilfitri yang lalu aku bawak eiman sekali ke kubur arwah moyangnya - tok dir dan tok yoh. juga kubur arwah paksunya - esmadi (adik bongsu aku yang dipanggil menghadap Illahi jauh lebih awal dari aku) - dia meninggal akibat kemalangan jalanraya di kawasan kg melayu subang... bukan kerana merempit - petang tu dia nak ambik mak aku kat rumah abg sulung aku... dan rupanya ajal yang menanti... Al-Fatihah.

masih segar kenangan dengan mereka terutamanya tok yoh yang terlalu rapat ngan aku... semoga roh mereka di cucuri rahmat.

mak aku risau gak bawak eiman ke kawasan kubur memandangkan dia hanya berumur 10 bulan- takut dia kene sampuk ke hape.... aku berkeras nak bawak gak sebab aku yakin yang ada di situ adalah saudara mara kita yang melawat kubur dan tempat persemadian saudara sesama Islam yang lebih disayangi Allah swt. Alhamdulillah takde pe pe pun. malah eiman riang masa kat situ... siap lambai-lambai ntah pada sapa (pendapat orang tua-tua kata budak sekecil itu mempunyai kelebihan boleh nampak benda yang kita tak nampak).

bicara pasal kuburan aku teringat pada satu kumpulan teater dari jakarta "Teater kuboran" yang aku temui sewaktu menyertai ASEAN UNIVERSITIES ART FESTIVAL DI BRUNEI DARUSSALAM pada 1997. kumpulan yang amat berbakat ini menjadikan satu kawasan perkuburan sebagai tempat mereka tinggal dan hidup. menurut salah seorang ahlinya yang aku tak ingat namanya, mereka bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti seni serta ekonomi di kawasan kuburan tersebut. nah! kubur mana der hantu!!!

salalms sedara. terhibur dan terinsaf dengan posting sedara. bebanyakkan laa ambil gambar ya. memang seronok hidup berkeluarga. apatah lagi keluarga baru. hope u are enjoyng your son as much as i am enjoying my daughter. Tue 8-Nov-2005 09:06
Posted by:AtanmayA  - [Link]
ty bro... dah melawat fotopages ko, best gak... comel anak... Wed 9-Nov-2005 10:07
Posted by:abgset setan_terganas@yahoo.com  - [Link]
PERSATUAN KOMPANG "WARISAN SRI DELIMA"
(KG MELAYU SUBANG)"
(017-6197327,012-609 0734,012-2002491)

HTTP;//WARISAN_SRI_DELIMA@YAHOO.COM
WWW.WARISAN COMUNITY.COM

P/S; ""KAMI BUKAN YG PERTAMA..TAPI YG TERBAIK""
Sun 10-May-2009 02:15
Posted by:mr_mato2 warisan_sri_delima@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 2-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
KELUARGA

eiman masih dengan sengih dia
tangkap gambar sendirik
keluarga aku
View all 11 photos...
makna keluarga? hehehe. aku pun tak tau la makna ikut kamus.... tapi yang nyatanya aku dah berkeluarga sendiri... sebagai ketua! ada anak ada bini... heh heh. dalam seploh tahun yang lalu aku rasa aku tak pernah terpikir yang aku akan ada keluarga macam nih... sebab aku memang tak suka pikir kot!

gambar-gambar nih di ambil di beberapa tempat buka pose... aku pun lupa nama dia antaranya kat burger king restoren jejantas, sg buloh, chicken rice shop, giant kelana jaya n ape mende nama fast food rest kat plaza masalam, shah alam tuh!

Utamakan keluarga...

Salam Aidil Fitri utk anda sekeluarga...semoga kehadiran Syawal ini akan membawa sejuta kebahagian buat anda sekeluarga...
Wed 2-Nov-2005 06:24
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
time kasih Tue 8-Nov-2005 08:19
Posted by:abgset
Add comment


Friday, 28-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
KERJA-KERJA-KERJA

bangunan parlimen
susah nak buat bentuk camnih-bangunan skang mana der
tak nampak air pancut kat perkarangan parlimen
View all 6 photos...
kerja - definisi kerja pun aku tak tau... yang aku tau... apa yang boss suh aku buat aku buat... kadang-kadang aku memandai sendirik tolong pikir utk boss tapi terlebih kreatif dan kadang-kadang menyusahkan kepala hotak aku balik.

meeting - elemen kerja yang kadang-kadang mengambil lebih separuh dari hari aku hingga menyebabkan aku tak larat buat keje sebab dah pening melayan meeting.

opsss... ape aku melalut! meeting kat parlimen ari nih!

Biasalah kerja...tanggungjawab yg perlu dilaksanakan... Wed 2-Nov-2005 06:24
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Thursday, 27-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
kenangan demi kenangan demi kenangan

 
tengok gambar nih rasa rindu plak dengan perkataan 'kurus' heheh
"... jangan membenci kenangan... walaupun ia menyakitkan kerana setiap kali kita membenci ia akan lebih dekat dihati" aku pun lupa aku dapat kat mana ayat nih... tapi aku suka mengulangnya dan mengulangnya lagi untuk lebih memahami.

"hidup bukan untuk difahami kerana hidup itu sebenarnya satu misteri yang amat rahsia"

ebiet g ade pernah cakap lewat lirik lagunya " apakah ada bedanya ketika diam membisu dengan memburu bayang-bayang sama-sama kosong... tinggal bagaimana kita menghadapi di belahan jiwa yang mana kita sembunyikan dada yang terluka... luka yang tersayat.... " lirik dia mungkin tak telat... aku tak berapa ingat tapi percayalah... setiap kali kau membenci seseorang tu... dia semakin dekat dengan diri kau sebab dia sentiasa ada dalam hati... cuma di belahan jiwa yang mana... aku tak peduli!

Care to comment?


Friday, 21-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sekeping Kad, Sebuah Kenangan

sekeping kad... menggamit memori
sebuah wajah
lama dah tak terima kad raya dari kawan-kawan. Aku tak pernah pertikaikannya sebab aku pun tak hantar kat diorang... heh heh. Tapi dalam perjalanan ke opis tadi, ingatan aku kuat untuk menghantar kad kepada 'kawan lama' wan srihana wan mohamad, yang pernah menduduki tempat terdalam di hati aku... sekurang-kurangnya aku akan telefon dia setelah lama tak dengar berita.

sampai-sampai kat opis, tetiba sibuk macam biasa dan terlupalah aku untuk telefon dia. tiba-tiba pembantu pejabat opis aku ketuk pintu dan hulurkan kad raya. aku buat macam biasa jek sebab kad macam tu selalunya dari menteri atau ahli politik (errr kad raya pertama aku dapat tahun ni daripada Datuk Donald Lim Siang Chai, Timbalan menteri Penerangan) diorang amik nama aku dalam buku panduan media, Jabatan penerangan kot... ( 3 tahun lepas aku terkejut dapat kad raya dari Datuk M. Kayveas... pandai betul diorang ni ambil hati rakyat marhaen seperti aku). balik pada kad tadi... rupanya dari hana dan suami...

subhanallah... masih kuat lagi persaudaraan antara kami... kuat gak instinct aku ek....

Care to comment?


Tuesday, 18-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
terbaru daripada motorola e398

 
 
 
View all 41 photos...
heh heh... aku beli handpon baru... gambar dia bleh la tahan gak! bleh tangkap gambar eiman banyak-banyak. budak nih plak pantang halakan lensa kat dia... mesti posing maut nyer... tengoklaaa`

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.